Thursday, February 17, 2011

FRIM Kepong.

Lama suda tidak update blog ini, punyala penuh habuk dan menjadi seperti sebuah kertas usang pulak. Semalam p jalan2 dengan wife buat passport dan renew kwsp. Nasib baik tidak ramai org, inila kebaikan buat urusan di awal2 pagi.  Nasiblah masa buat passport bawa sijil beranak, kalau tidak, buang masa ulang alik pegi putrajaya. Tempoh untuk tunggu passport tu siap mengambil masa 10 hari. Agak lama jugaklah, sebab mau minta kelulusan lagi dari imigresen Sarawak.

Pas tu pegi pulak FRIM Kepong, mau ambik gambar di sana. Tidak sangka pulak jumpa waterfall. Apalagi buka tripod dan ambik gambar long exposure, dapat jugak subjek untuk buat vertorama.

 Mesti ramai tertanya-tanya apa itu vetorama. Vertorama adalah gabungan gambar yang diblend secara menegak guna photoshop.Dalam gambar ni saya ambik tiga gambar berbeza, bawah, tengah dan atas. Kemudian saya align kan secara manual dan blend guna masking tool. Semalam rakan saya nick ada inform pasal FRIM photo contest. Tak pernah involve dalam photo contest ni, tapi maybe gambar ni akan saya post kan ke FRIM, mana tau ada can, hehe.



Sebelum balik, jumpa jambatan gantung ni, Cantik kan. Tapi sayang, ia nampak terlalu usang dan agak bahaya, nasib baik sungai bawah tu cetek jak. Diharap pihak berwajib dapat membaik pulih jambatan ini sebelum terjadinya perkara tidak diingini. Adios.

2 comments:

  1. Nice pic & nice blog jas. Haha. Jas, try join http://www.gengblogger.com/. Komuniti blogger malaysia. Ramai jgk blogger mcm ko yg ade hobby dgn cam DSLR ni. kongsi2 pendapat ke.

    ReplyDelete
  2. Boleh bro, aku akan join. Thanks for follow.

    ReplyDelete